Matematik (4 fun)

Posted on October 19, 2006 by Nu_Rull.
Categories: Nurkilan.
Happy Morning Semua ….!!
Latihan mengira yang akan mengejutkan anda !

· Hanya 30 saat, yang anda harus lakukan - : ikuti semua arahan, lakukan dan jawablah semua pertanyaannya.

· Jangan lihat kesimpulan akhir sebelum anda mencuba menjawab hitungan pertanyaan.

1.      Pertama, fikirkanlah berapa kali anda ingin makan keluar bersama keluarga atau kekasih anda dalam waktu seminggu ?.

(Sebutkan suatu angka seminggu berapa kali yang boleh anda luangkan waktu untuk makan bersama di suatu restoran ).


2.      Kali kan angka tersebut dengan dua (2).


3.      Lalu di tambah dengan lima (5).


4.      Kemudian ?.Kali kan lima puluh (50).


5.      Jika hari birthday anda tahun ini (2006) telah tiba:

       tambahkan 1756. Jika belum tiba, tambahkan 1755.


6.      Langkah terakhir:  sekarang kurangkan (tolak) dengan bilangan tahun kelahiran anda

(misal: 1941, 1973,…).


7.      Sekarang anda akan mendapatkan suatu angka dengan tiga bilangan (3 digit)


8. Angka / bilangan pertama adalah


Berapa kali anda seminggu akan makan keluar bersama kekasih/keluarga anda.


Benar kan ..? .. Sekarang anda ingin tahu
dua angka terakhirnya adalah ?

Umur Anda !!!!

Pada tahun 2006 ini adalah satu-satunya tahun dimana

matematik adalah penting dalam hidup kita,

1 comment.

Sorang je ke?

Posted on October 12, 2006 by Nu_Rull.
Categories: Nurkilan.

Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.

Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.

Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah… Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan…

"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"

Pelajar itu menjawab..

"Okey.. boleh saja…!"

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..

"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"

"Kerana …" jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan…

"… Saya adalah penjaga gol!"

no comments yet.