WeLcoMe to My BloG
Salam...
thanks coz lawat blog ni.. :) Blog ni byk pasal cerpen yang menarik, n ade la sikit2 pasal nasihat & petua... baca la klu berminat, then komen la ape2 pn... k... :)
Disini kau dan aku
terbiasa bersama
menjalani kasih sayang
bahagia kudenganmu
pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita
bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang
if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn’t reach my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart
pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita
bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang
bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang
if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn’t reach my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart
Aku mengetap bibir menahan rasa geram di hati. Tak menarik ke aku ni pada pandangan matanya? Asyik-asyik perempuan cantik itu juga yang didekatinya. Hazril Benjamin… Sesiapa yang melihatnya buat yang pertama kali akan menoleh lagi to take the second look! Disertakan dengan secebis senyuman manis yang bisa menggugat mana-mana gadis untuk memandangnya. Ini belum cakap bab akademiknya.. huh, beruntunglah siapa yang dapat mendampinginya. Dan aku semestinya hanya mampu menggigit jari memandangkan aku ini hanya tersenarai dalam waiting listnya sahaja. Itupun kalau tersenarai!!
Sejak akhir-akhir ni aku kerap mengunjungi Pusat Equin UTM berbanding 2 bulan yang lalu gara-gara Hazril Benjamin. Pertama kali melihatnya menunggang kuda membuatkan aku memujanya dalam diam. Ternyata dia seorang penunggang yang handal. Tapi yang paling tak bestnya pula, sejak beberapa hari ni dia membawa seorang gadis cantik menemaninya. Ini bermakna memang tipislah peluangku untuk mengintai ruang di hati jejaka itu….
“Er.. excuse me?”
Eh, siapa pula yang datang ke stable awal-awal pagi ni? Setahu aku, dalam buku rekod rider tak ada pun visitor yang hendak menunggang kuda jam 9 pagi ni. Alamak… tapi mamat kat depan aku ni pun boleh tahan orangnya. Ganteng bangat!! Agaknya semua orang yang hendak menunggang kuda di stable ini semuanya hensome-hensome dan cantik-cantik belaka? Kecuali aku inilah. Huh.. mukanya agak familiar tapi entah mengapa aku tak dapat recall apa-apa pada awal pagi ini.
“Min…!!”
Kali ini aku dikejutkan dengan kejutan kedua pula. Apa pulak minah kecoh ni buat kat stable ni? Bukan ke dia yang paling tidak suka nak datang ke mari. Busuk dan kotor katanya.
“Eh, kau buat ape kat sini.. mengigau ke?”
Dengan nada suara yang terkawal aku menyoal Hana. Mana boleh tinggikan suara beb! Saham pun kena jaga juga. Keh.. keh.. keh.. apalagi ada lelaki segak dan tampan di sebelah aku ni.
“Aku pun tak nak datang ke sini kalau tak kerana dia ni!!” Hah? Aku hanya boleh menjerit dalam hati. Apa kaitannya dengan lelaki ini. Siapa dia? Siapa?
“Kau tau kan dia ni siapa? Min?”
Pertanyaan Hana membuatkan keningku berkerut. Siapakah gerangan lelaki ini? Dan sewaktu dia tersenyum, aduh.. cair aku! Namun sebuah tekaan bermain-main di kepalaku serta merta membuatkan dadaku berdegup kencang.
“Come on la Min.. takkan kau tak kenal dengan orang jauh ni?”
Aku masih tak berani mengiyakan mahupun menjawab pertanyaan Hana biarpun telahan yang sudah aku buat ini bakal merupakan satu kenyataan.
“Sayalah ni Min, Zameer… awak dah tak ingat kat saya ye?”
Aku menghela nafas panjang, kalau ikutkan perangai biasa aku ingin sahaja melopongkan mlut namun hari ini, aku sedaya upaya hendak menyembunyikannya. Zameer? Syed Zameer.. jejaka yang hanya aku kenali di Friendster, kini, dia menzahirkan dirinya betul-betul di hadapan aku. Ternyata, dirinya aku kira lebih tampan daripada dirinya dalam Friendster!!
“Maaflah, bukannya saya lupa.. tapi saya hanya ingat wajah Zameer dengan janggut dan misai macam kat dalam Friendster. Dan sekarang ni…”
“Ummi saya pesan, before balik ke Malaysia saya kena buang janggut dan misai tu.” Ujarnya dengan senyuman dan disertai dengan tawa perlahan.
“Tak cakap pun nak datang ke sini, tak adalah kita berjumpa kat stable ni..”
Ujarku dengan nada sedikit kesal, bukannya apa, aku ni dahlah tak cun. Inikan pula ditemui di stable yang keadaannya tak berapa selesa.
“Eh, okey ape! Lagipun saya tengok Min ni okey dan cool je sekarang. Lepas ni boleh la ajar saya tunggang kuda pula.”
Bagai bermimpi pula dia menyatakan aku cool. Biar betul!! Selepas itu aku semuanya berjalan dengan lancar dan best.
………………………………………………………………..
Dilamun cinta….
Aku melewati bangunan B11, Fakulti Alam Bina. Aku mengatur langkah dengan perlahan dan berhati-hati. Bimbang kalau kaki tersasar masuk ke dalam longkang. Masih aku teringat semasa aku menuntut dalam tahun kedua, gara-gara asyik bermesej aku tidak menyedari yang kakiku telah tersasr masuk ke dalam longkang. Mujurlah ketika itu tidak ramai pelajar yang berada di ruang legar fakulti. Namun, teruk juga aku digelakkan oleh Hana. Even sampai ari ni pun apabila aku mengenangkan kembali peristiwa tu dan menceritakan kembali kepada Hana, pasti akan digelak dan diejeknya aku.
“Min…!!”
Panjang betul umur minah ni, baru je teringat kat dia tiba-tiba sahaja kedengaran suaranya melaungkan namaku. Aku pantas menoleh.
“Kau ada nak pergi mana-mana tak lepas ni? Ke kau nak pergi jumpa Zameer lepas ni?” Sikapku yang lambat menjawab pertanyaan Hana membuatkan aku kembali ke alam realiti.
“Eh, mane kau tahu ni?” giliran aku pula menyoal Hana.
“Alah, tak payahlah kau nak bersorok-sorok dengan aku. Korang berdua nak pergi ke mana pulak?”
Aku hanya tersenyum, serasa malas pula hendak menjawab pertanyaan Hana. Minah nih boleh tahan juga kecohnya.
“Adalah… okeyla, aku pergi dulu.”Ujarku sambil melangkah pergi meninggalkan Hana yang sudah mula mencebikkan bibirnya.
“Tertipu betul aku, Hana!”
Ujar Zameer sebaik sahaja memasuki Satria Neonya. Hana pula hanya tersenyum, tahu sebenarnya apa yang bermain di fikiran sahabatnya itu.
“Min….?”
Zameer mengangguk perlahan, agak indah perasaan yang dialaminya setiap kali dia bersama dengan Nadya Jasmin. Satu perasaan halus yang indah meresap ke seluruh urat sarafnya. Dia akui hatinya yang keras terhadap perempuan selama ini mencair dengan sikap Nadya Jasmin. Ternyata gadis itu jauh lebih comel berbanding wajahnya dalam Friendster. Sikapnya yang keanak-anakan dan kadangkala confident betul-betul memikat hati Zameer. Namun yang paling menonjol dan menambat hati Zameer ialah kepakaran Nadya Jasmin dalam menunggang kuda apatahlagi dia telah melihat sendiri gelagat Nadya Jasmin semasa menjadi instruktor.
“Eh, berangan ek…?” Zameer tersentak. Tersengih Hana seolah-olah menyindir.
“Aku tak sangka yang Min tu lebih comel berbanding di dalam gambar. Eh, dia dah ada yang special ke?” Hana tak terus menjawab, namun…
“Kau suka dia ke..?”
Zameer terdiam. Memang dia menyukai Nadya Jasmin, entah mengapa dia sendiri pun tidak tahu. Bukannya tidak ada yang cuba mengetuk pintu hatinya sepanjang dia di VMSU. Namun, semuanya dipandang sepi. Tetapi berlainan pula kali ini, kepulangannya ke tanah air membuka lembaran baru dalam kamus hidupnya. Semakin kerap dia menghabiskan masa bersama Nadya Jasmin, semakin dia terasa berat hendak meninggalkan bumi Malaysia.
“Ummi, Zameer nak bagi tahu sesuatu kat ummi ni….”
Hajah Zaharah merenung ke wajah anak bongsunya itu. Zameer melepaskan nafas yang berat, selama 23 tahun dia bernafas tidak pernah dia mengingkari perintah ummi mahupun abahnya. Namun, cadangan ummi yang hendak menjodohkannya dengan anak rakan abah yang membuat Zameer pening kepala dan serba salah. Mana mungkin dia menerima cadangan umminya lebih-lebih lagi sekarang ini hatinya sudah terpaut kepada seseorang.
“Zameer sudah ada pilihan sendiri ummi….”
Kelihatan Hajah Zaharah menerutkan keningnya. Di sedar sememangnya sejak dari mula lagi anak terunanya itu tidak setuju dengan cadangannya. Namun, dari sudut yang lain pula, dia tidak mahu kehilangan pilihannya. Naluri keibuaannya jelas menunjukkan bahawa gadis itu amat sesuai untuk melengkapkan kehidupan Syed Zameer.
“Siapa dia pilihan Zameer?”
Tanpa ragu-ragu Zameer memberitahu umminya mengenai Nadya Jasmin dan segala-galanya. Namun, Zameer menyedari raut wajah umminya tampak sunnguh tenang. Hendak dikatakan membantah, tidak pula tapi hendak dikatakan setuju, tidak juga.
“Zameer, ummi nak bagi tahu sesuatu…”
“Apa dia ummi….?”
Giliran Hajah Zaharah pula yang berbicara dan sesungguhnya realiti yang kedengaran di telinga Zameer betul-betul membuatkan dirinya terkejut bukan kepalang!!!
………………………………………………………………………………..
Terpaksa dan di paksa….
Aku berjalan menyusuri endurance, suasana petang yang kini sudah pun redup betul-betul mendamaikan perasaan. Sekurang-kurangnya aku tidak perlu berfikir banyak dengan tesis yang kadangkala membuatkan tidur aku tidak menentu. Mujurlah penyeliaku banyak membantu dan aku kemudiannya tampil bersemangat semula untuk meneruskan dissertasi tersebut.
Di satu sudut, kuda kegemaranku dibiarkan meragut rumput di padang sasar. Kuda kelabu tersebut telah aju tunggang sebentar tadi. Sememangbya aku merasa kosong sejak dua tiga hari ini. Kelibat Zameer langsung tak kelihatan dan aku pula tidak cuba menghubunginya. Alasannya? Malas… tak ada gunanya hendak menaruh harapan, aku sedar yang aku tidak akan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengannya. Bakal doktor itu tampak agak sempurna di mata aku. Gayanya, tutur bicaranya, latar belakangnya begitu menyerlah. Amat jauh jika hendak dibandingkan dengan aku ni.
“Hai… tunggu saya ek?”
Hampir tercabut jantungku apabila terdengar suaranya biarpun sekadar berbisik namun cukup membuatkan aku terkejut.
“Awak buat saya terkejut, mujurlah tak pengsan.” Zameer hanya tersenyum.
“Kalau pengsan pun saya boleh sedarkan awak semula tau…!!”
Aku tahu dia sekadar bergurau namun entah mengapa gurauannya kedengaran agak lain pada pendengaranku. Dapat aku merasakan mukaku merona merah lantaran seluruh darah menggebu ke wajahku.
“Nak tunggang kuda ke?”
Zameer hanya menggeleng kepalanya. Aku membetulkan saddle dan kemudiannya meninggalkan mask pada Angel dan seterusnya menyarungkan rein pada kuda berbulu coklat tersebut.
“Bawa Angel ke padang sasar bleh? Kejap lagi ada orang nak tunggang.”
Tanpa banyak soal, Zameer menuruti kehendakku, tapi tak lama kemudian dia menyerahkan Angel kepada Jacob. Kemudian dia kembali menyertai aku duduk di anjung stable.
“Dah lewat ni Min, jom saya hantarkan Min balik..”
Aku hanya menurut kata-kata Zameer, mungkin esok merupakan hari reakhir aku meluangkan masa bersamanya.. kerana menurutnya, dia akan kembali ke Kuala Lumpur untuk urusan visanya.
“Next week saya dah nak balik dah, Min. Lusa pulak saya ada urusan di KL tapi sebelum saya balik saya nak ucapkan terima kasih sebab temankan saya sepanjang percutian saya di sini dan……….”
Kata-katanya tidak dihabiskan sebaliknya Zameer hanya merenungku dengan pandangan yang sememangnya sukar untuk aku tafsirkan maknanya.
“Dan sudi ajar saya tunggang kuda. Thanks a lot, that’s such a wonderful experience.”
Aku hanya tersenyum mndengar kata-kata Zameer. Perlakuan Zameer yang masih memandang tepat ke arahku membuatkan aku tertunduk segan. Mana tidaknya, anak matanya betul-betul menombak jauh ke dalam mata dan terus ke hati ku.
“Kalaulah awak rasa apa yang saya rasa Min…..”
Kedengaran getaran di hujung ucapannya dan tika itu aku merasakan ada pesta bunga api di dalam diriku!!
……………………………………………………..
“Kahwin? Dengan siapa?”
Dapat aku lihat betapa terkejutnya Hana apabila aku mengkhabarkan berita tersebut kepadanya. Mungkin seandainya tidak terkawal, mahu tersembutnya minuman yang sedang diminumnya tadi. Dalam keadaan seperti ini aku sesungguhnya berada dalam dilema. Tidak pernah aku menduga bahawa inilah yang akan berlaku kepadaku. Di kala Zameer telah meluahkan perasaannya kepadaku dan apabila terbukti aku tidak bertepuk sebelah tangan, tanpa diduga ada satu halangan yang bakal kami berdua hadapi.
“Zameer tahu?”
Pertanyaan Hana membawa aku kembali ke alam realiti. Aku menggelengkan kepala. Perbualanku dengan abah dan mama semalam ternoktah dengan keenggananku. Aku sebenarnya tidak dapat memberikan kata putus. Kadang-kadang sebagai anak sulung aku merasakan aku yang selalu menjadi mangsa keadaan. Memandangkan adik-adikku yang lain masih muda, kini seolah-olah masa depanku pula menjadi galang gantinya! Hanya kerana ingin memenuhi keiginan keluargaku untuk meneruskan talian persahabatan dengan kenalan lamanya, abah dan mama bersetuju menerima lamaran tersebut.
“Aku tak kenal siapa pun gerangan lelaki itu Hana. Sekarang ni, abah dan mama bersetuju dengan lamaran pihak lelaki, aku pula masih tak dapat memberikan kata putus. Huh.. macam mimpi! Aku tak sangka semua ni akan terjadi…”
Agaknya tidak ada bezanya juga samada aku memberikan kata putus atau tidak, kerana pokok pangkalnya keluarga aku telah pun bersetuju menerima lamaran tersebut. Sekarang aku merasa sedikit lega kerana telah meluahkan masalah aku kepada Hana. Tanpa sedar air mataku mengalir…..
“Restu keluarga sangat penting Min, turut saja kehendak keluarga Min. Zameer tak boleh nak halang kalau inilah takdir kita berdua.”
“Maafkan Min, Min harap Zameer faham dengan keadaan Min sekarang..”
Aku sedar yang aku akhirnya harus tunduk kepada kemahuan keluarga. Mujurlah cinta yang aku punyai buat lelaki bernama Syed Zameer belum lagi merebak penuh ke seluruh hatiku. Namun, wajah tenang yang ditunjukkan oleh Zameer betul-betul meruntun perasaanku. Seolah-olah dia tidak mengendahkan kata-kata yang telah aku ucapkan sebentar tadi. Hatiku menjadi rawan serta merta.
“Min, sekiranya betul telah tertulis jodoh kita, pasti akan bersama jua akhirnya..”
Aku mengerti dengan kata-kata yang dilafazkan olehnya. Namun… apalah gunanya sekarang? Sudah tidak bermakna lagi….
………………………………………………………………….
Sesungguhnya kau tidak tahu sama ada betul atau tidak tindakanku ini, aku sedar yang keluarga mentuaku dari golongan berada. Buktinya? Aku tidak pernah sekali pun mengambil tahu akan hal-hal perkahwinanku. Dari persiapan hinggalah ke majlis akad nikah yang bakal berlangsung sebentar sahaja lagi. Begitu jua dengan pakaian pengantin yang sudah melekat di tubuhku ini.
Ukurannya hanya aku lisankan kepada mama selebihnya diuruskan oleh pihak pengantin lelaki. Tidak terdetik pun di hatiku untuk membeli belah bersama-sama mama. Lagipun, menurut mama semuanya sudah tersedia oleh pihak lelaki. Kiranya aku ini hanya dikira cuci tangan sahaja. Nampak bertuah!! Namun, jauh di sudut hatiku merasakan satu kekosongan yang nyata.
“Kau cantik Min….”
Ujar Hana sambil membetul-betulkan selendang organza ungu yang aku pakai. Pujiannya bagaimana pun tidak aku ambil endah. Aku merasakan ini adalah pengorbananku yang paling besar dalam hidupku. Entah bagaimana secara tiba-tiba pandanganku tertancap pada kad undangan perkahwinan aku yang tidak pernahku ambil pusing isi kandungannya. Sekilas pandang, kad tersebut tampak amat cantik dan elegan. Dan sampai sekarang aku tidak tahu siapakah nama bakal suamiku! Yang aku tahu mama memanggilnya dengan nama Zam sahaja.
“Hana, boleh tak ambilkan kad kahwin aku tu?”
Tak sampai seminit pun kad berwarna baby blue itu berada dalam tanganku. Memang cantik, ukiran yang bermotifkan emas menyerlahkan lagi kecantikannya. Apatah lagi gambarku semasa zaman kanak-kanak sedang tersenyum manja dan begitu juga dengan gambar pengantin lelaki. Boleh tahan juga kecomelannya semasa zaman kanak-kanak. Gimik yang menambahkan lagi keunikan kad tersebut.
Apatah lagi dengan namaku yang dicetakkan menimbul di sebelah penjuru bawah kanan kad. Namun apabila terpandang nama pengantin lelaki, dadaku tidak semena-mena berdegup dengan kencang. Ya Allah, apakah benar semua ini?
“Hana………..”
Belum sempat aku menyoal Hana, kelihatan wajah mama masuk ke kamar pengantin dan aku diarahkan keluar ke ruang tamu. Aku teramat yakin yang telahanku tak salah. Degupan jantungku bertambah laju dan dengan cepat aku mencari-cari wajahnya. Benarkah semua ini? Zameer tampak tampan dengan berbaju melayu ungu tersenyum manis dan tidak lama kemudian dia sudah duduk bersila di hadapanku.
“Assalamualaikum…. boleh hulurkan tangan?”
Aku menurut sahaja dia di bawah sedar, satu kucupan hangat singgah di dahiku.
………………………………………………………………………………….
Selepas 3 bulan, di Switzerland.
“Sungguh Min tak tahu bahawa diri abanglah yang dimaksudkan oleh keluarga Min sebagai bakal suami Min.”
Zameer memelukku dengan lebih erat. Pergunungan Alps menjadi saksi kasih kami berdua. Bulan madu kami berdua sedikit tertangguh sehinggalah aku menamatkan pengajianku dan kebetulan pula Zameer sedang bercuti.
“Tapi abang dah lama tahu, ummi yang menceritakan semuanya kepada abang. Sebab itulah abang relaks je bila sayang cakap sayang nak kena kahwin tu.”
“Abang sengaja seksa perasaan Min…”
“Min, apa yang Min rasa itulah yang abang rasa… bukankah dulu abang dah cakap kalau ada jodoh antara kita tak kira apa yang terjadi kita tetap akan bersatu juga.”
Aku mengingati kembali saat itu, tidak ku duga kerawanan hatiku yang terpaksa melepaskan dia pergi dan melenyapkan namanya dari ingatan merupakan pertemuan jodoh kami berdua yang kekal abadi. Maha suci Allah!!!!