CINTA ROMEO DAN JULIET…

Posted on August 31, 2006 by Nu_Rull.
Categories: Nurkilan.

Tidak ada orang yang boleh mendakwa lari dari perasaan. Asal saja ia bernama manusia maka sekaligus dirinya akan di cuba dengan mainan nafsu yang bagaikan lautan ganas yang begitu kuat bergelombang. Semuanya bergantung kepada  sekuat mana iman yang ada dalam diri seseorang. Selalu diperkatakan…”Aku cinta pada si dia kerana Allah..:”. Namun apakah cinta kerana Allah tersebut. Adakah ia satu frasa biasa yang diungkapkan apabila meluahkan perasaan kasih dan sayang kita kepada seseorang. Atau terdapat pengertian yang lebih mendalam daripada ayat tersebut. Apakah erti sebenarnya “I Love You”?

            Perkara ini jugalah yang terjadi kepada kebanyakan pasangan bercinta kini. Semua pasangan yang bercinta kini ingin menjadikan kisah cinta Romeo dan Juliet sebagai contoh dalam hidup mereka. Cerita yang mengisahkan tentang pasangan yang begitu mencintai antara satu sama lain sehingga sanggup berjanji untuk sehidup semati. Janji yang diikat itu telah dikotakakan apabila Romeo telah mati dan dengan serta merta Juliet membunuh dirinya kerana tidak sanggup hidup tanpa Romeo. Namun adakah ini yang dikatakan cinta sejati. Semua agama di dunia sememangnya tidak mengizinkan mereka membunuh diri. Mengapa pasangan sekarang tidak menjadikan kisah cinta Nabi yang penuh dengan kesucian dan keikhlasan.

            Terlalu ramai pasangan masa kini tidak menghubungkan iman dengan cinta. Perkara inilah yang menyebabkan ramai pasangan terutamanya perempuan yang sanggup menyerahkan tubuhnya untuk menunjukkan cintanya, ‘kononnya’.. Apabila sesuatu yang tidak diingini terjadi mereka akan  menudingkan jari antara satu sama lain. Apabila semua ini terjadi siapakah yang ingin dipersalahkan? Jalan terbaik ialah perkahwinan. Rasullullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud bahawa” wahai golongan pemuda sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan untuk berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin….”(hadis riwayat Bukhari)

no comments yet.

Cincin Tanda

Posted on August 27, 2006 by Nu_Rull.
Categories: Nurkilan.

Cincin tanda pemberian Iskandar digenggam erat. Dia punya masa 1 minggu untuk memikirkan tentang lamaran lelaki itu. Menerima atau menolak? Dia sendiri sukar untuk membuat keputusan. Menerima maksudnya derita. Menolak….? entahlah.

Mak sudah bertanyakan keputusannya semalam sedangkan dia masih lagi berfikir. Dia yang menentukan masa depannya sendiri. Tersilap pilih alamatnya hancurlah masa depannya. Iskandar? Lelaki itu bukan baru dikenalinya. Dia membesar bersamasama lelaki itu. Segala suka duka pernah dikongsi bersama. Sekarang nak baerkongsi hidup pula. Pening kepala jadinya nanti. Keputisan macam mana harus dia buat? Menerima atau menolak? Ikut cakap orang tua? Arrghh…!!! pening! “is tu baik orangnya. Antie As tu berkenan sangat dengan ija, sebab tu dia mintak Is hantar rombongan meminang,” lembut kata-kata mak tuturkan membuat dia rasa bersalah.

 Datin Asmah tu mintak ke menyuruh? Takkan Iskandar tu nak masuk meminag sedangkan dia tengan gila bayang dengan orang lain? Bahagiakah hidup lalau buat keputusan kalau terpaksa?akan deritakah hatinya jika diketahui hati Iskandar bukan miliknya. Berbalaoikah dia berkorban untuk segalanya?

  “Ija fikirlah masak-masak. Pihak Iskandar bagi tempoh 1 minggu untuk ija fikir. Gunakanlah tempoh tu sebaiknya,” kata mak sebelum meninggalkan dia sendirian.

 Mak dengan Datin Asmah tu kawan baikl dari zaman anak dara sampailah sekarang. Sebab itulah dia kenal dengan Iskandar. Mungkan sebab dah biasa tengok dia, Datin Asmah pun dah tak nampak orang lain. Mak kata, dia nak mengeratkan lagi ikatan yang dah sedia ada. Entahlah. Tak tahu nak kata apa.

 Faiza renung cincin tanda pemberian dari pihak Iskandar. Lelaki itu pun tak telefon bertanyakan jaawapannya. Kalau betul dia buat sebab dia nak, dia akan telefon. Nampak sangat Cuma maknya yang berminat bukan anaknya. Hati tenanglah!! Dia bingkas bangun. Cincin tanda diletakkan di atas meja. Dia memerlukan petunjuk dan hanya Dia Yang Satu mampu membantu. Moga-moga beroleh ketenangan hati ini. Wuduk diambil.

   ……………………………..  

 Saat-saat macam ni Faiza terkenangkan Iskandar. Tempoh 1 minggunya hampir tamat namun Iskandar tak sekalipun menelefon. Dia perlu berbincang dengan Iskandar sebelum keputusan dibuat. Tapi macam mana? Iskandar pun macam tak berminat nak tahu keputusan yang akan dia buat. Macam mana dia nak tahu apa perasaan lelaki tu? Susah betullah. Cincin tanda itu ditenung untuk sekian kalinya.

             “Saya harap dia tahu yang sya sukakan dia,” kata-kata Iskandar terngiang-ngian di telinga. “Kenapa awak tak berterus terang je? Kan lebih baik dari terus pendam apa yang awak rasa tu,” kata nasihat daripada orang yang tak pakar. Pakar sakit jiwa mungkin kot! He.. he.. he… Faiza gelak dalam hati. Iskandar merenungnya dan dia tunduk. Tidak selesa direnung sebegitu. Jantungnya berdebar kencang. Macam baru lepas race 100m. Ah, kenapa pula ni? Tak pernah-pernah rasa macam ni. Takkan…? issh.. janganlah sampai aku suka dia sudah. Kes berat nanti.

             “Bukan tak mahu berterus terang. Saya nak cakap tapi saya nampak dia macam tak berminat je. Saya takut dia menolak. Kecewalah saya nanti. Lagipun dah lama saya sukakan dai. Tinggi harapan saya. Itu yang saya takutkan,” tutur Iskandar jujur.  

             “Dia dah berpunya ke?” Entah-entah awaksukakan orang yang dah berpunya.

              “Awak dah berpunya ke?”

              Tambah kencang larian jantungnya. Apa pulak kaitannya dengan aku?

              “Belum! Tapi apa kena-mengena dengan saya?

              “Tak adalah. Dia pun belum berpunya. Itu saya pasti sangatlah.”

Dia mengeluh. Takkan senang-senag Iskandar nak lupakan orang yang disukainya? Dah lama pula dia sukakan budaj tu. Gila! Atau aku yang gila sebenarnya. “Siapa gadis yang awak suka tu?” dia pandang Iskandar. Saja nak risik-risik cerita.

              “Awak akan tahu juga satu hari nanti,” itu jugalah jawapan yang sering dia terima setiap kali bertanyakan tentang gadis pujaan hati Iskandar tu. Perahsia sangat. Susah benar nak cakap.

             Keputusan? Apa yang dia nak bagi tahu mak nanti? Apa pula kata Datin Asmah? Apa keputusan aku? Walaupun jawapan untuk keputusan tu jelas tapi dia masih was-was. Kalau Iskandar masih ingat tentang lamarannya dan menelefon, tak adalah Faiza sekalut ini. Menerima atau menolak?

             Cincin tanda digenggam erat lalu dibawa ke dada. Seolah-olah membawa diri Iskandar jauh ke dasar hatinya. Lenyapkanlah ketidaktenangan ini. Faiza memejamkan mata. Tidurlah. Semoga ketenangan menantiku di sana. Faiza tersenyum sebelum terlena.  

 ……………………………………………..

 Siapa sangka dalam berkawan dia sebenarnya sukakan Iskandar tanpa disedari. Untuk menolak perasaan itu, Faiza rasa tak mungkin. Sudah terlanjur menyukai biarlah kekal di sudut hati yang paling dalam. Sejak bila dia sukakan lelaki itu? Entah. Dia sendiri tak ada jawapan untuk soalan itu. Yang pasti, dia cukup gembira menerima cincin tanda dari Iskandar. Itu saja. Tapi perasaan tu takkan kekal lama.

             Bila mengenangkan ada insan lain di hati Iskandar, sedikit sebanyak itu menggugat perasaannya sendiri. Bakal kecewakah dia? Keputusan telah dibuat. Faiza cuma ingin berjumpa Iskandar sebelum terjadi apa-apa yang tak diingini. Ganggang telefon diangkat. Nombor telefon Iskandar ditekan dengan penuh debar.

            Tut…tut…tut…

             “Hello,” lembut saja suara di hujung talian.

Perempuan? Salah nombor ke aku ni? Atau ini gadis yang berjaya mencuri hati lelaki itu? Sudah berterus terangkah dia dengan gadis ni? Ah, dia kecewa! Benar-benar kecewa. Perkara yang tak diduga.

              “Err.. hello! Boleh cakap dengan Iskandar?” faiza cuba mengawal rasa gugupnya.

               “Iskandar? Sekejap ye.”

Dia mendengar dengan jelas lembutnya suara perempuan itu memanggil Iskandar sedang dia berjuang dengan perasaan sendiri. Aku tewas sebenarnya!

              “Hello,” suara Iskandar kedengaran…

              “Boleh saya jumpa awak petang nanti? Tempat biasa. Saya ada hal nak Bincangkan dengan awak,” Faiza masih berlagak tenang.

             “Ija? Err… kenapa ni?” risau bunyinya.

              “Petang nanti. Waktu biasa. Assalamualaikum.”

 Dia tak mampu menahan rasa sedihnya. Bercakap lama-lama Cuma menambah rasa kecewa. Faiza menahan tangis. Aku takkan menangis!! Untuk apa menghantar cincin tanda andai tidak pada orang yang menerima? Kenapa mesti dia yang aku suka? Kenapa tak orang lain? Kenapa mesti dia yang mengucar-ngacirkan perasaan aku? Kenapa?

              Saat ini kekuatan diri dirasakan goyah. Hatinya umpama kaca terhempas ke lantai. Berderai.

 ………………………………..

Ketika tiba di tempat yang dijanjikan, Iskandar sudah sedia menunggu. Dalam debar dia melangkah menghampiri lelaki itu. Segala kekusutan akan terlerai hari ini. Jawapannya juga akan diberikan hari ini. Bersabarlah Faiza. Hadapilah situasi ini dengan tenang.  

             Iskandar menoleh sebaik saja dia tiba di bangku yang berhadapan dengan tasik itu. Begitulah dia. Umpama air tasik. Tenang di permukaan sedangkan didalam berantakan. Dan lelaki ini masih kekal dengan kekacakannya. Lengan kemeja dilipat separas siku. Pakailah apapun, kalau dah hensem tu hensem jugak.

             “Dah lama sampai?” permulaan yang dirasakan agak baik.

              “Baru juga. Kenapa awak nak jumpa saya? Penting sangat ke?”

 Macam tak suka jumpa aku je. Tak apalah!! Lepas ni engkau takkan jumpa aku lagi. Faiza telan air liur. Kata-kata akukah?

              “Saya nak bincangkan pasal kita. Fasal lamaran awak tu. Tapi sekarang saya rasa tak perlu lagi. Saya datang untuk beri jawapan atas lamaran awak tu,” dia gugup sebenarnya. Iskandar diam.

              Dalam keadaan itu, dia meraih tangan Iskandar. Cincin tanda yang dipegang sejak tadi bertukar tangan. Jawapannya jelas. Lamaran lelaki itu ditolaknya walaupun dia tahu itu bukan kehendak hati dan diri sendiri. Faiza tidak mahu ada yang menyesal kemudian hari. Menerima dan melakukan sesuatu bukan paksaan. Dia lakukan demi kebahagiaan bersama. Bahgiakah aku?

              “Apa maksud semua ini? Saya tak faham,” renungan lelaki itu menusuk terus ke dasar hati.

  “Saya tak layak untuk cincin tu. Saya sedar, lamaran awak tu pun semata-mata nak jaga hati mama awak. Awak sukakan orang lainkan? Dialah yang sepatutnya awak pilih bukan saya. Cincin tu bukan hak saya. Kalau betul lamaran awak itu ikhlas, awak takkan berdiam diri sepanjang tempoh 1 minggu itu. Saya tengok, mama awak yang beria-ia bukan awak. Siapa yang nak kan saya? Mama awak atau awak?”

   “Saya akan terangkan pada mama awak nanti. Tak payahlah awak risau apa-apa. Cuma saya harap awak bahagia.” 

Iskandar mendengar dengan teliti. Salah akukah? Apa yang aku dah buat sampai ini jawapan yang aku terima?

 “Mungkin benar saya sukakan awak tapi suka sebelah pihak takkan bawa ke mana. Ini keputusan yang dah saya buat. Maaf!!”

 Faiza sudah meluahkan segalanya. Mahupun menyatakan hakikat sebenar yang dia menyukai lelaki itu. Dia bingkas bangun. Makin lama di situ makin sedih dia jadinya. Dan makin murah pula air matanya nanti. Faiza sudah memohon petunjuk illahi dan jawapannya jelas. Tapi dia melakukan sebaliknya. Dia sendiri tak tahu kenapa. Dan dia sendiri tidak seharusnya menolak ketetapan illahi sedangkan dia yang meminta pertolongan. Hari ini lain yang dilakukannya. Bantulah aku Ya Allah!!!

              Melihatkan Faiza bangun, Iskandar pantas menyambar tangan gadis itu dan pergerakannya terhenti. Faiza cuba merungkaikan pegangan tangan Iskandar namun sia-sia. Kekuatan lelaki itu mengatasi kekuatannya sendiri.

             “Ija…….” lembut suara Iskandar. Dia terdiam. 

 “Perkahwinan bukan perkara main-main. Siapa nak kan awak? SAYA!! Saya lamar awak pun dengan seikhlas hati. Kenapa saya tak berusaha menghubungi awak sepanjang 1minggu tu? Saya rasa awak memerlukan waktu bertenang tanpa gangguan. Saya rasa awak mungkin tak dapat buat keputusan kalau saya telefon. Saya memikirkan tenteng awak dan awak pula sebaliknya. Ini Cuma salah fahamkan?”

Giliran Iskandar pula untuk meluahkan apa yang dirasakan agar tidak lagi timbul kekeliruan.

“Kalau suka kenapa tak berterus terang? Masih ingat kata-kata awak tu? Saya berterus terang dengan melamar awak tapi awak menolak. Harapan saya tinggi. Saya tak mahu kehilangan awak sebab tu saya bertindak begini. Saya juga sayangkan persahabatan kita. Kalau saya cakap dan awak menolak, apa jadi dengan persahabatan kita? Salah saya ke?”

Faiza masih diam. Menggeleng tidak, mengiakan pun tidak. Melihatkan Faiza diam, Iskandar menyambung kata.

“Saya pernah cakap awak akan jumpa gadis yang saya suka pada satu hari nantikan? Nah, sekarang awak dah tahukan siapa!!? Awak kata awak sukakan saya tapi kenapa awak tolak lamaran tu? Kita bukan budak-budak lagi Ija. Kasih sayang saya bukan lagi kasih sayang abang untuk adiknya tapi lebih daripada itu. Salah ke cara saya? Salah ke kalau saya mahu memiliki awak secara sah? Salah ke?” Faiza geleng kepala. Terkedu mendengar penjelasan Iskandar.

“Habis tu.. apalagi yang awak ingin saya lakukan? Saya dah minta petunjuk Allah Ija. Ini perkara serius pada saya. Saya bukan main-main. Fikirkanlah semula. Saya sanggup tunggu.”

Air mata mengalir juga akhirnya. Walaupun cuba ditahan namun ia tetap menitis. Faiza tunduk menahan tangis. Dan Iskandar dengan penuh kasih sayang menarik lembut Faiza ke dalam pelukan. Terlerailah sudah kekusutan ini. Aku bersyukur ke atas rahmatMu Ya Allah. Aku bersyukur kerana Kau mengurniakan dia padaku. Dalam keadaan penuh keharuan itulah dia menarik tangan Faiza lantas cincin tanda kembali kepada yang berhak. Faiza senyum dalam tangisan.

            Mak!! Inikah kebahagian yang bakal Ja miliki? Doakanlah kami mak agar tidak lagi timbul kekusutan begini. Dalam hati masing-masing mengucapkan rasa syukur pada illahi.

            Tenanglah gadisku!!! Moga kebahagiaan itu milik kita yang abadi. Ah, cincin tanda, kekallah ia di jari…..

………………………………………………….

            “Siapa yang angkat telefon hari tu? Manja benar bunyinya,” Faiza angkat kening.

Iskandar tepuk dahi. Ingatkan cerita ni dah habis. Ada lagi ke? Memanglah memandangkan ada sikit lagi perkara yang belum selesai. Wajah putih bersih Faiza direnungnya. Cantik!! Bertuah benar badan dapat memiliki gadis idaman sendiri.

“Perempuan? Ooo… perempuan tu ke? Itukan girlfriend baru abang,” Iskandar melawak. Faiza buat muka.  

            “Mengada!!”

Bukan setakat tu je, dia siap bagi ‘hadiah’ lagi. Iskandar mengaduh sakit. Padahal cubitan si isteri tu taklah sekuat man. Memang mengada je lebih!!

“Mengada-ngada pun Ija sayang abang kan? Ha… ha… ha… Ija tak pernah jumpa Isma ka? Pandang sana. Nampak tak perempuan yang pakai baju kurung hijau tu? Dialah perempuan yang buat Ija jauh hati dengan abang. Kami sepupulah sayang!!”

Faiza pandang ke arah yang ditunjukkan oleh Iskandar. Cantik orangnya. Padan juga dengan lelaki ni kalau dia nak!!

“Oppss..! abang dah tahu apa yang Ija nak cakap. Nampak tak lelaki sebelah dia tu? Itu suaminya. Takkan abang nak dengan dia.” Iskandar kenyit mata. 

Pandai pula dia teka apa yang aku nak cakap tu. Cepat saja cari ayat. Takutku mengajuk lagilah tu. Faiza tersenyum sendiri.

             Dalam kebahagiaan ini, dia dan Iskandar menerima tanggungjawab baru. Dua hari lepas, termeterailah ikatan sah antara keduanya. Iskandar tak mahu tunggu lama. Cukuplah 2 bulan bertunang. Dia dah tak sanggup nak hadapi keadaan macam tu lagi. Kalau terlepas burung dalam genggaman, siapa nak cari ganti?

             Iskandar tak sudah-sudah merenung si isteri. Dia nampak cukup gembira. Sebagaimana gembiranya aku, begitulah juga dia. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan-Mu ini. Dan Iskandar terus menguntum senyuman….

                                                                                                                    _mfzl

1 comment.

Kes Lina Joy

Posted on August 15, 2006 by Nu_Rull.
Categories: Nurkilan.

Nama asalnya ialah Azlina Jelani, pernah ditukar kepada Azlina Lelani, dan sekarang berdaftar sebagai Lina Joy untuk menafikan nama Islam yang terdahulu. Beliau berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa dan berumur 42 tahun. Beliau mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau. Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam. Beliau berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara. Permohonan sejak tahun 2000 tetapi tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak mendapat kebenaran daripada Mahkamah Syariah yang membenarkan beliau keluar daripada Islam. Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak mengbenarkan atau mengharamkan seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.
Permohonan bermula di Mahkamah Magistrate, dibawa ke Mahkamah Tinggi, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 13-April-2006, dan semuanya mengiktiraf bahawa kes ini adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah. Setelah semuanya tidak berjaya, kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan oleh barisan pembela kepada Lina Joy. Kes ini telah dibaca dihadapan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim bersama dua Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Alauddin Mohd. Sheriff dan Datuk Richard Malanjum untuk dibicarakan. Pada pendapat saya, permintaannya untuk memadam perkataan Islam daripada kad pengenalan itu amat tidak dipersetujui. Jika kes ini dipersetujui, maka kreadibiliti Islam akan tergugat dan seolah-olah mencabar kekuasaan Allah.
 Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan. Kita seharusnya MEMERANGI GOLONGAN MURTAD seperti yang berlaku pada zaman Saidina Abu Bakar dan memang perlu kita laksanakan. Walaupun memang tiada paksaan dalam agama tetapi langsung tiada tolak ansur dalam isu akidah. Oleh itu, tugas kita hari ni ialah memberi penerangan pada rakan Islam dan rakan bukan Islam supaya mereka tak keliru lagi. Dan mungkin kita tak berdaya memerangi golongan murtad kerana kuasa itu tidak berada di tangan kita dan moga-moga pihak yang berkenaan dapat memainkan peranan untuk memeranginya.

no comments yet.